Assalammualaikum dan selamat sejahtera? Mesti anda tertanya-tanya
kenapa saya buat jualan amal. Apapun bagi saya ini adalah sekadar perkongsian
kisah benar saya kepada anda. Yang baik harap diambil teladan dan yang tidak
baik diambil iktibar insyaALLAH. Tiada langsung dapat dibanggakan sebab saya
nie hanyalah hamba ALLAH yang hina akan kembali juga kepada tanah akhirnya.
Okla saya pun tak nak bercakap intro terlampau banyak. Mungkin bagi
ramai orang (mungkin tak semua), sebelum membuka sesuatu perniagaan, bab
keuntungan adalah perkara paling utama difikirkan tapi bagi saya itu adalah
perkara ke-2. Perkara pertama yang saya fikirkan sebelum membuka perniagaan ini
ialah bagaimana saya sebagai manusia dan juga sebagai seorang mahasiswa dapat
memberi sumbangan kepada insan yang kurang bernasib baik.
So macam mana tue? Macam nie semuanya bermula apabila sewaktu saya
berkunjung di rumah mak cik saya yang dipanggil mak jang di Alor Setar sewaktu
cuti semester. Pada masa kunjungan saya tersebut, kebetulan pelanggan mak jang
saya datang ke rumah mak jang untuk mengambil ketupatnya kerana mak jang saya
mengambil upah membuat ketupat sebagai part time. Pelanggan mak jang saya tue
datang berkeluarga…….smua lah ada sekeluarga. So hati saya tertarik akan
seorang daripada beberapa anaknya.
Kenapa seorang anaknya itu menarik perhatian saya? Ini kerana anak
tersebut mengidap penyakit down sindrom. Tapi yang menariknya mak ayahnya
sangat melayannya sangat baik berbeza dengan apa yang saya lihat di dalam
realiti sebenar kehidupan di kaca berita di tv dan di dada akhbar dan juga di
rumah-rumah kebajikan yang anak-anak sebegini sebahagiaannya akan ditinggalkan
oleh mak ayah mereka di tempat sebegitu kerana pelbagai sebab antaranya malu,
kos rawatan berjumpa pakar yang sangat tinggi dan macam-macam lagi. Tapi agak
menakjubkan bagi ibu bapa yang secara kebetulan pelanggan kepada mak jang saya
nie, mereka sangat memelihara anak mereka yang mengidap sindrom down ini dengan
begitu baik sekali.
Mereka menghantar anak ini ke tadika khas untuk sindrom down dan
sentiasa ingin mengambil tahu cara terkini dan terbaik bagaimana untuk menjaga
anak yang mengidap down sindrom ini sebaiknya. Terdetik di hati saya sewaktu
tersebut bagaimana dengan anak-anak sebegini yang mak ayahnya tidak mengambil
peduli dan menempatkan anak-anak sebegini di rumah kebajikan. Kiranya anak ini
amat bertuah kerana mak ayahnya sangat mengambil berat dan tidak lokek
mngeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menjaga anak istimewa ini kerana kos
rawatannya yang tinggi. So saya pun terfikir apa nasib terjadi kepada anak-anak
istimewa sebegini yang ditempatkan di rumah kebajikan. Siapa yang mengambil
peduli tentang mereka kecualilah kakitangan rumah kebajikan tersebut dan juga
adakah selama ini saya sebagai manusia dan seorang mahasiswa adakah mengambil
peduli tentang penghidupan mereka di sana? Sama sekali tidak.
Alhamdulilah kerana HIDAYAH DARI ALLAH S.W.T sewaktu kedatangan
pelanggan mak jang saya yang datang mengambil ketupat tersebut, saya
tiba-tiba terbuka hati tentang tanggungjawab saya sebagai manusia yang sihat
tubuh badan dan juga sebagai mahasiswa untuk mula mengambil peduli tentang
anak-anak sindrom down yang ditempatkan di rumah kebajikan. Tapi bagaimana ya
cara saya ingin membantu mereka? Selepas 2-3 hari saya berfikir tentang
bagaimana cara tersebut, tiba-tiba Pengasas kepada Krim Penawar 36 Penyakit Nur
Syifa iaitu Encik Amran bin Zulkifli datang ke rumah saya kerana ingin
menghantar stok krim nur syifa yang ditempah direct dari kilangnya di Sungai
Petani, Kedah kepada abang saya.
Oleh kerana Pengasas tersebut berada lama di rumah saya, saya sempat
berbual lama dengannya dan sangat tertarik dengan betapa terbukti berkesannya
produk yang diasaskan olehnya sampaikan beliau tidak mahu mengiklankan
produknya tersebut di media walaupun mampu untuk berbuat demikian kerana
permintaan produk ini sangat-sangat tinggi sehinggakan tidak menang tangan oleh
kerana keberkesanannya, Apa yang menarik kerana keberkesanannya, walaupun tidak
diklankan di media produk ini telah pun dieksport secara keseluruhannya ke
Brunei, Republic Of Ireland dan juga Singapura dan itu bagi saya memang
terbukti mujarab krim nur syifa nie insyaALLAH kerana secara logiknya kalau
tidak mendapat permintaan dari sana mestilah tak akan dieksport.
So pada hari itu juga saya berkata kepada diri saya ‘why not aku jual
jer produk ini dan sebahagian hasil jualan aku sumbangkan kepada Rumah
Kebajikan Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM)’ untuk membantu anak-anak
sindrom down yang kurang bernasib baik. Bukanya cuti semester, saya
terus bersemangat untuk melakukan jualan amal krim nur syifa yang mana
sebahagian hasil jualan akan disumbangkan kepada rumah kebajikan tersebut yang
mana no akaun cimb banknya adalah 14480000235102.
Justeru saya berharap anda semua yang berkunjung ke blog ini dapat
memberi sokongan kepada jualan amal krim nur syifa samada membelinya,
menyokong jualan amal melalui berkongsi artikel ini di facebook, twitter,
ataupun mengambil iktibar dari artikel benar ini untuk membina perniagaan
berkonsepkan amal sangat-sangat disyorkan terutama kepada semua siswa siswi
yang saya ingin menyeru bangkitlah anda semua untuk bersama-sama menyumbang
kepada masyarakat melalui program tanggungjawab mahasiswa terhadap insan yang
kurang bernasib baik ini insyaALLAH. Pihak jualan amal kami sangat menggalakkan
penglibatan siswa siswi ke dalam jualan amal ini so kepada siswa dan siswi di
mana saja yang mempunyai semangat membuat kerja amal melebihi kepentingan
kepada wang sangat digalakkan memohon kepada kami untuk menjadi sebahagiaan
daripada pasukan jualan amal kami ini yang sudah mengembangkan konsep jualan
amal krim nur syifa dalam masa hanya masa tidak sampai 5 bulan ke 2 buah Negara
iaitu Malaysia dan Brunei dan ke 6 buah negeri di Malaysia iaitu Kedah, Perak,
Selangor, Kelantan, Terengganu dan Sarawak. Permohonan anda hanya hantar
jawapan anda kepada soalan kami ‘Kenapa Anda Terbuka Hati Menyertai Jualan Amal
ini?’ Hantar juga selain jawapan itu berserta nama penuh, no tel dan alamat
anda ke emel mutiarahatiamal@yahoo.com . Bukan siswa siswi yang mempunyai semangat
kerja-kerja amal pun dijemput menghantar permohonan anda ke emel tersebut.
Keputusan permohonan akan diberitahu secara emel insyaALLAH.
Di sini saya ingin berkongsi rahsia perniagaan amal adalah anda pilih 1
produk yang betul-betul terbukti berkesan dan sebahagian hasil jualan produk
tersebut anda sumbangkan kepada sebuah rumah kebajikan yang anda pilih. Mudah
jer daripada kita membuang masa bermain games seperti dota dan lain-lain
mahupun menonton filem korea yang adakalanya sangat menyayat hati, baik kita
menyumbang sesuatu kepada masyarakat kerana dalam islam pun sudah menyatakan
manusia yang paling baik di antara kamu adalah manusia yang dapat menyumbang
kepada orang lain dan juga tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang
menerima.
Nasihat saya janganlah berasa takut harta anda berkurang untuk menderma
kerana setiap 1 yang kita beri, 9 kita akan dapat kembali seperti yang
difirmankan oleh ALLAH S.W.T di dalam AL-QURAN. Saya akhiri artikel
‘Kenapa Saya Buat Jualan Amal’ ini dengan menyusun 10 jari memohon kemaafan
jikalau artikel saya ini mengguris hati mana-mana pihak kerana apa yang baik
datang dari ALLAH S.W.T dan apa yang buruk datang daripada diri saya sendiri
insyaALLAH. Kepada ibu bapa pada anak-anak istimewa di luar sana yang menjaga
anak-anak istimewa ini dengan penuh kasih sayang, saya doakan anda semua
dimurahkan rezeki dan hidup sentiasa diberkati oleh-NYA insyaALLAH. Jika anda
ingin share artikel ini saya sangat-sangat galakkan insyaALLAH untuk
perkongsian bersama. Lembutkanlah hati kita untuk selalu memberi insyaALLAH.
YANG BENAR,
MUHAMMAD FAIZ BIN ABDUL
RAHMAN
PENGASAS JUALAN AMAL KRIM NUR SYIFA
SARJANA MUDA (SAINS BIOLOGI),
JABATAN SAINS BIOLOGI,
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI (FST),
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)