Alhamdulilah Dengan Keredhaan dari-NYA Jumlah
Terkumpul Sumbangan ialah RM1237.00
Surah
Al-Baqarah Ayat 261
Dan perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya
pada jalan Allah adalah seperti satu biji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,
dan pada setiap tangkai ada seratus biji. Dan Allah melipat-gandakan (ganjaran)
kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki. Dan Allah adalah al-Wasi’ (Maha
Luas), lagi al-‘Alim (Maha Mengetahui)
.
Huraiannya: Berbelanja pada jalan Allah, walau pun pada zahirnya mengurangkan
harta, tetapi pada hakikatnya ia menambahkan harta seseorang itu. Allah
mengatakan bahawa setiap perbelanjaan Allah boleh menokok tambah sebanyak tujuh
ratus kali ganda kepada apa yang ada. Perbelanjaan pada jalan Allah umpama baja
yang menyuburkan harta yang dimiliki. Kadang-kadang pertambahan itu berlaku
secara langsung kepada harta yang ada, dan kadang-kadang secara tidak langsung.
Sekiranya harta yang ada tidak bertambah, mungkin kerugian atau musibah
terhalang. Mungkin juga sesuatu yang diingini mudah diperolehi tanpa perlu
mengeluarkan belanja. Banyak cara Allah menggantikan apa yang telah
dibelanjakan pada jalan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.
Allah memiliki perbendaharaan yang maha luas, mudah sahaja bagi-Nya memberikan
kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Pengetahuan Allah maha luas, tidak ada
sesiapa yang terkeluar daripada pentadbiran-Nya.
Penyata Jualan Amal dan Slip CIMB Bank Untuk
Sumbangan Hasil Jualan Amal Krim Nur Syifa kepada Persatuan Sindrom Down
Malaysia bagi tempoh jualan amal 23 Mei hingga 15 June 2011 (TERKINI)
Penyata Jualan Amal dan Slip CIMB Bank Untuk Sumbangan Hasil Jualan Amal
Krim Nur Syifa kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia bagi tempoh jualan amal 7
April hingga 22 Mei 2011
Penyata Jualan Amal dan Slip CIMB Bank Untuk Sumbangan Hasil Jualan Amal Krim Nur Syifa kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia bagi tempoh jualan amal Februari, Mac hingga 6 April 2011
Penyata Jualan Amal dan Slip CIMB Bank Untuk Sumbangan Hasil Jualan Amal
Krim Nur Syifa kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia bagi tempoh jualan amal 1
Januari hingga 1 Februari 2011
No comments:
Post a Comment